Kidut

Tanak Dusun Nabalu

Kebaikan dan keburukan Blogging

Published by Jevf Shen under on 2:21 AM
Blogging.

Apakah kebaikan dan keburukan blog? Terdapat banyak blog digunakan pada masa kini dan blog adalah berbeza dari website atau laman web statik, ini kerana maklumat di dalam blog sentiasa di kemaskini. Biasanya blog-blog ini akan sentiasa dikemaskini.


Kebaikan.
Kebaikan blog yang paling ketara dan sangat popular adalah digunakan untuk berkongsi maklumat terkini. Pengguna atau pembaca boleh membaca apa saja maklumat yang dimuat turun, pengguna juga dapat berinteraksi dengan pengendali blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Ini merupakan salah satu kebaikan utama dan paling polular digunakan oleh pengguna.

Selain daripada perkongsian maklumat ia juga digunakan sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Ini adalah sangat jauh berbeza, berkesan dan sangat cepat daripada menggunakan ruangan forum di halaman surat khabar. Tidak mustahilah penggunaan blog ini sangat cepat berkembang.
Dengan hubungan dan interaksi dari penggunaan blog, ia seterusnya dapat melatih kemahiran menaip, walau dalam pelbagai bahasa. Ini kerana ia bukan hanya dapat dilihat dan
Dikongsikan dari dalam Negara sendiri tetapi seluruh pelusuk dunia.
Penggunaa blog juga dapat melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blog skin’. Ini kerana penggunaan blog memerlukan sedikit kemahiran minimum yang memerlukan pengguna blog untuk mempelajarinya, penggunaan blog ini dapat memperkembangkan lagi kemahiran pengguna dalam dunia digital.
Blog merupakan tempat yang sangat sesuai untuk menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, bagi seorang pensyarah, atau guru. Penggunaan blog dapat memudahkan penyampaian idea, gagasan ataupun tugasan dikongsikan atau di sampaikan kepada pengguna, pelajar ataupun rakan-rakan sekerja.
Keburukan.
Penggunaan blog juga mempunyai keburukannya tersendiri. Jika seseorang yang mengendalikan blog tu menggunakan blog tersebut dengan baik maka baiklah hasilnya, Jika pengendali blog tersebut menyalah gunakan blog tersebut dan menggunakannya dengan tidak baik atau buruk maka buruk lah juga hasil atau pengaruhnya. Jika baik, maka baiklah blog tu, jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya, maka akan menjadi buruklah blog tersebut di mata masyarakat.

Antara keburukan blog yang utama adalah ia digunakan untuk menyampaikan maklumat palsu, fakta salah, juga yang berunsur fitnah. Pada zaman IT ini, penyampaian maklumat palsu, fakta salah, dan fitnah menjadi sangat mudah disebarkan dan disalahgunakan. Ia tidak terkecuali dari melibatkan politik, individu, syarikat, Negara dan banyak lagi. Penyalahgunaan seperti ini bukan sahaja merosakkan hubungan, tetapi juga dapat mengkucar-kacirkan suasana.
Blog juga digunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik dan selebriti. Penggunaan blog seperti ini adalah sepatutnya tidak bermoral dan boleh mengaibkan seseorang. Penggunaan blog seperti ini biasanya terjadi apabila timbul rasa tidak puas hati, cemburu, dan ingin menjatuhkan status, ataupun nama seseorang.
Kemudahan seperti ini tidak lari daripada terdedah kepada penyebaran SPAM, iaitu maklumat tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog. Ramai pengguna lain yang ingin mengambil kesempatan daripada perkhidmatan blog ini dengan menyebarkan SPAM yang mungkin disertakan dengan VIRUS computer yang akan merosakkan system ataupun perisian dalam komputer pengguna.
Keburukan lainnya adalah sesiapa saja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar. Oleh itu kita tidak tahu sama ada pengendalinya itu jujur ataupun sebaliknya. Biasanya kejadian ini berlaku atas tujuan tertentu, bagi mendapatkan keuntungan ataupun penipuan.
Akibat kechangihan teknologi blog maka ia juga sering disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat lucah, imej porno,dan fail-fail digital yang bersangkut-paut dengannya. Antara contoh yang semakin hangat sekarang adalah penyebaran maklumat-maklmat seperti ini di Indonesia yang melibatkan beberapa selebriti terkenal Negara itu. Penyebaran bahan-bahan seperti ini adalah sangat sukar di kawal memandangkan ia dikendalikan di serata dunia.
Perbincangan
bincangkan kebaikan dan keburukan blog sebagai saluran baru dunia kewartawanan, dan kaitkan perbincangan anda dengan undang-undang yang mempengaruhi pengamal-pengamal media seperti wartawan.

Kebaikan Keburukan
• Perbincangan di ruang komen atau chat box/shout di seluruh dunia secara online.
• Melatih kemahiran menulis.
• Melatih seni reka digital spt, design blog, kod CSS atau blog skin.
• Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika anda seorang pensyarah atau guru. • Menyampaikan maklumat palsu, fakta salah dan yang juga berunsur fitnah.
• Blog digunakan untuk memburukkan seseorang seperti orang politik, artis dan sebagainya.
• Menyebarkan SPAM iaitu maklumat tak berguna semata-mata untuk untung besar dari iklan di blog.
• Sesiapa boleh menjadi penyamar di blog, iaitu tanpa nama dan gambar.
• Menyebarkan maklumat lucah, porno dan juga fail-fail yang berkaitan dengannya.

Kesimpulan
Walaupun begitu keburukannya dalam menghadapi dunia tanpa sempadan, pengguna atau pembaca mestilah menggunakan ilmunya yang sepatutnya tinggi untuk menyaring maklumat secara bijak dan beretika. Sebagai rakyat Malaysia yang matang, kita perlu bijak memilih maklumat yang boleh dipercayai dan tidak menyalahgunakan kemudahan satu perkhidmatan ini.
 

Lipsum

Followers